Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kena Matikan Handphone Malam...

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini meningatkan kepada orang ramai agar mengabaikan sebarang...

AirAsia Mohon Maaf, Operasi...

SEPANG - Operasi syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur...

Jatuh Bangun Semula, Jimmy...

Setelah melalui ranjau perkahwinan yang perit sehingga kes penceraiannya dicanang di media, pengacara...

Abai Imunisasi, Kesihatan Anak...

GUNDAH hati artis terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi dan suaminya, Ory Vitrio apabila dua...

Penganggur Dipenjara Seminggu Curi Pakaian

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM400 ke atas seorang penganggur kerana mencuri pakaian di sebuah pusat membeli-belah, Isnin lepas.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Sukri Mohd Saidi, 22, setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri sehelai seluar, sehelai baju dan satu topi yang bernilai RM144 milik Parkson, di Pavilion, Bukit Bintang pada 1.45 tengah hari, 9 Julai lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai dan mengarahkannya dipenjara 14 hari, sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda atau penjara maksimum 10 tahun.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya K.Vasugi memohon hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. – BERNAMA


*Sekadar Video Hiasan..

Kategori