Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sumaiyyah Syuhada Pertama: Iman...

SUMAIYYAH, seorang wanita yang kuat. Sanggup menahan segala penderitaan seolah-olah kesakitan itu bukan...

23 Rakyat Bangladesh Ditahan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 23 rakyat Bangladesh yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah...

Tuduh Polis Ugut Bunuh...

BEIJING - Lelaki warga Korea Utara yang diusir mendakwa konon polis Malaysia ugut...

Mia Ahmad Nafi Bercinta...

KESERASIAN pasangan hero dan heroin drama Hati Perempuan telah membuatkan peminat mendambakan pasangan...

Penganggur Didakwa Pukul Rakan Serumah

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan rakan serumahnya dengan menggunakan penggelek roti.

M.Vigneswari, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan. Vigneswari didakwa mencederakan Suganthini Udayan Thangavelu, 28, seorang warga Sri Lanka, menggunakan sebatang penggelek roti dan menyebabkan Suganthini cedera di kepala dan badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa di Jalan Cempedak, Jalan Ipoh, Sentul di sini, pukul 2.45 petang, 8 Jun lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori