Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Banduan Menyamar Wanita, Kantoi...

CUBAAN licik seorang banduan yang menyamar sebagai wanita dengan menggunakan pas pelawat yang...

Hina Bugis: DAP Tuntut...

ISU Tun Dr. Mahathir Mohamad hina suku kaum Bugis sebagai lanun bukan sahaja...

Barisan Nasional Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan...

Sophie Secret.. Hafiz Suip...

APABILA produk jenama kecantikan dan kesihatan tempatan, Sophie Secret memilih Hafiz Suip sebagai dutanya,...

Penganggur Cederakan Pembantu Am Masjid Mengamuk

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengamuk di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini selepas mengetahui dia akan dihantar ke penjara kerana gagal membayar wang jaminan.

Chuah Fey Noy @ Chuah Cho Che, 42, yang didakwa mencederakan seorang pembantu am masjid, pada mulanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Namun sebaik Majistret Haslinda A.Raof memberitahu mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan kerana tertuduh tiada penjamin, lelaki itu terus bertanyakan jurubahasa yang kemudian memaklumkan dia akan dihantar ke penjara Sungai Buloh menyebabkan tertuduh berang dan meninggikan suara.

“Saya tak salah! Kenapa saya kena lokap pula? Kenapa boleh ini macam?” soalnya dalam bahasa Malaysia sebelum ditenangkan oleh anggota polis dan membawanya keluar dari bilik bicara ke lokap mahkamah.

Terdahulu lelaki itu mengaku tidak bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Mohd Noorulhisham Yunus, 55, di Masjid Jamiul Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang Jaya, di sini pada 10 malam, 12 Dis lepas.

Chuah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak menawarkan wang jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin, namun Chuah yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan untuk mengurangkan jaminan.

Ketika mahkamah bertanyakan mengenai penjamin, tertuduh hanya menggelengkan kepala menyebabkan Haslinda tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan 23 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori