Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Srikandi PPBM Melaka Terima...

JASIN - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini menerima kira-kira 1,000...

Gerakan Persoal P.Pinang Bina...

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan kerajaan negeri yang...

Ada Hikmah Di Sebalik...

SUNGAI BESAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui kekalahan...

Lelaki Terlibat Kegiatan Pecah...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki kerana aktif menjalankan kegiatan pecah rumah...

Peng Soon-Liu Ying Bermula Cemerlang 2018

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying memulakan kempen 2018 dengan cemerlang selepas menjuarai Kejohanan Badminton Masters Thailand di Bangkok, Thailand, hari ini.

Pasangan pilihan kelima yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, terpaksa bekerja keras sebelum menang 21-15, 14-21 dan 21-16 ke atas pasangan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Puttita Supajirakul yang juga pilihan ketujuh pada aksi final di Stadium Nimibutr, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF);www.bwfbadminton.com.

Kemenangan itu menjadi suntikan semangat bagi pasangan negara kerana mereka akan bersaing dalam Kejohanan Badminton Perodua Malaysia Masters 2018 yang akan berlangsung di Arena Axiata di Bukit Jalil dari 16 hingga 21 Jan.

Seorang lagi pemain negara, Leong Jun Hao yang menampilkan aksi yang tidak kurang cemerlang sepanjang kejohanan, bagaimanapun, gagal untuk meneruskan rentak kemenangan selepas tumpas 16-21 dan 15-21 kepada pemain Indonesia yang juga pilihan kedua, Tommy Sugiarto dalam acara perseorangan lelaki.

Sementara itu, Thailand membolot tiga daripada lima gelaran pada kejohanan itu selepas memenangi acara perseorangan wanita dan beregu wanita serta beregu lelaki.


Dalam acara perseorangan wanita, pilihan utama Nitchaon Jindapol menundukkan rakan senegaranya, Pornpawee Chochuwong; 21-11 dan 21-18 sementara pasangan beregu dari Thailand, Tinn Isriyanet/Kittisak Namdash mengejutkan pilihan ketujuh, Wahyu Nayaka Arya Pangkaryanira/Ade Yusuf Santosa dari Indonesia dengan kemenangan 21-18, 11-21 dan 22-20 dalam acara beregu lelaki.

Pilihan utama, Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajongjai menumpaskan beregu pilihan kedua, Anggia Shitta Awanda/Ni Ketut Mahadewi Istarani dari Indonesia 21-19 dan 21-17 dalam acara beregu wanita. – BERNAMA

Kategori