Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Miley Cyrus Fokus Nyanyian,...

BINTANG sensasi kelahiran Disney, Miley Cyrus memberitahu bahawa dia semakin pulih daripada ketagihan ganja...

Edar Dadah: Pekerja Kilang...

GEORGE TOWN - Seorang bekas pekerja kilang terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah...

Jalan Penghubung Ke Teluk...

GEORGE TOWN - Jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar yang ditutup...

Najib Berhak Untuk Saman...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri...

Peneroka Syukur Impian Miliki Tanah Jadi Kenyataan

PEKAN – Perit jerih 229 peneroka membangunkan Felda Chini 3 dan 5 sejak 33 tahun lalu akhirnya terbalas apabila mereka menerima surat hak milik tanah yang disampaikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di sini hari ini.

Ramai yang hilang kata-kata untuk menggambarkan perasaan gembira dan syukur mereka apabila impian untuk memiliki tanah sendiri sejak sekian lama akhirnya tercapai.

Peneroka dari Felda Chini 5, Asnan Jeraai, 60, berkata hari ini merupakan detik bersejarah untuk dirinya sekeluarga dan surat hak milik tanah itu disifatkan sebagai pengubat kepada penat lelahnya membangunkan tanah rancangan itu selama ini.

“Walaupun terpaksa berhadapan pelbagai kesukaran dalam membangunkan tanah rancangan di sini bersama rakan peneroka lain, namun kami tetap bersyukur kerana berjaya memiliki tanah sendiri hari ini.

“Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menghargai dan prihatin dengan kehendak serta keperluan masyarakat peneroka,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu.

Hadir sama Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Perasan gembira itu turut dikongsi Alias Nordin, 62, dari Felda Chini 3 yang menceritakan pengalaman hidup bersama Felda, tempat 927 peneroka di kedua-dua buah gugusan (Felda Chini 2 dan 5) bergantung hidup.

“Dahulu semasa awal tanah rancangan ini dibuka pada 1985, kami terpaksa menggunakan pelita dan air yang diambil dari kawasan paya berikutan tiada bekalan air dan elektrik, namun keadaan berubah menjadi lebih baik apabila kerajaan menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, air bersih dan elektrik secara berperingkat.


“Saya harap generasi hari ini yang tidak mengalami kesukaran seperti yang kami lalui dahulu, hargailah kemewahan yang mereka nikmati ini kerana ia adalah hasil kerja keras generasi terdahulu dan hasil keprihatinan kerajaan dalam membantu orang Melayu khususnya warga Felda,” katanya.

Seorang lagi peneroka dari Felda 5, Hasnah Samsudin, 57, turut gembira apabila khabar yang menyatakan mereka akan dapat geran sejak 10 tahun lalu menjadi kenyataan hari ini.

“Kami menunggu saat ini selepas sekian lama…terima kasih pihak kerajaan khususnya Felda menyediakan jaminan masa depan kepada anak cucu kami.

“Kami juga bersyukur kerana harga sawit kini stabil dan mampu menampung kehidupan kami termasuk kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di gugusan Felda di sini.

“Ikut pengalaman, kami pernah rasa ‘mewah’ apabila harga kelapa sawit melambung hingga RM800 satu tan. Walaupun harga untuk pasaran kelapa sawit kini hanyalah antara RM400 hingga RM500, namun apa yang lebih penting kita semua bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT selama ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori