Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seramai 679 Pelajar Ditangkap...

KUALA TERENGGANU – Seramai 679 pelajar telah ditangkap di seluruh negara tahun lepas...

Peguam Negara Pertahan Keputusan...

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad...

Tahap Kewangan Persatuan Hoki...

KUALA LUMPUR - Suntikan dana daripada kerajaan negeri ditagih bagi memastikan perkembangan bakat...

Wanita Ini Dakwa Konon...

SYDNEY – Seorang wanita Australia mendakwa bahawa dia mempunyai kelebihan untuk menghidu sejenis...

Peneroka Felda Harus Bersyukur Dapat Dividen Menjelang Raya

KOTA TINGGI – Peneroka Felda harus bersyukur dengan pembayaran dividen yang dibuat agensi tersebut, sempena perayaan Aidilfitri.

Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pembayaran itu membuktikan Felda dan kerajaan amnya, mengambil berat tentang kebajikan warga peneroka, lebih-lebih lagi ketika menyambut perayaan Aidilfitri.

“Perlu diingat bahawa pembayaran adalah pertimbangan budiman kerajaan dan Felda untuk sama-sama melihat warga peneroka menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penyampaian dividen berjumlah RM4.47 juta kepada 5,229 peneroka dari 10 tanah rancangan Felda dalam kawasan Pengerang, di sini, petang semalam.

Felda berkenaan ialah, Felda Air Tawar Satu melibatkan 629 peneroka, Air Tawar Empat (512), Air Tawar Lima (589), Semencu (628), Sungai Mas (697), Papan Timur (429), Adela (390), Tunggal (530), Sening (505) dan Kledang (320).

Turut hadir, Ketua Seranta Felda Wilayah Johor Bahru, Hazman Ismail, Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Mohd Nizam Abd Ghani dan Pengurus Rancangan Felda Semenchu, Ezrange Moin.


Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peneroka agar tidak melulu menerima sebarang maklumat dari sesetengah pihak yang belum disahkan kesahihan dan ketepatannya.

“Berprasangkalah positif dan sentiasa dapatkan kepastian dari pihak berkaitan dahulu. Jangan sesekali menyebar dan mengatakan sesuatu yang belum pasti belum pasti kesahihannya,” kata beliau.

Pada majlis itu, sebanyak 50 anak yatim dari lima perkampungan iaitu Kampung Tanjung Buai, Kampung Sungai Layau, Kampung Tanjung Serindit, Kampung Pasir Gogok dan Bandar Mas, turut menerima sumbangan hari raya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori