Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Dilantik Perdana...

PETALING JAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

ASEAN Akan Main Peranan...

KUALA LUMPUR - ASEAN, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah US$4...

Muktamad Pemilihan Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berkemungkinan memuktamadkan pemilihan vaksin Covid-19 menjelang awal 2021, demikian...

One Of The Most...

DESIGNED to increase muscle size, strength and performance, D-Bal MAX is a safe,...

Peneroka Diminta Tidak Terpengaruh Persepsi Salah Terhadap Felda

SEREMBAN – Pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad berharap peneroka tidak terpengaruh dengan persepsi salah yang diwujudkan oleh pihak tertentu bertujuan untuk menimbulkan kemarahan terhadap organisasi itu.

Beliau berkata persepsi salah itu jika dipercayai boleh mendatangkan masalah dan kerugian kepada peneroka.

Katanya pihak Felda telah berusaha memberi penerangan dan penjelasan berhubung perkara itu kerana tidak dinafikan ada peneroka yang mempercayai persepsi salah itu.

“Persepsi salah ini…ditokok tambah pula oleh tokoh politik yang menentang kerajaan …maka berlakulah peristiwa-peristiwa seperti membawa kes ke mahkamah yang tidak selesai sehingga hari ini,” katanya ketika merasmikan Seminar Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) 2016 anjuran Felda di sini, hari ini.

Mengambil contoh isu perahan minyak sawit yang dimanipulasi pembangkang bagi mengaburi peneroka kononnya mereka sepatutnya menerima pendapatan lumayan namun mendapat sebaliknya, Isa berkata ia adalah mainan licik politik bagi menjejaskan imej Felda.

Katanya harga yang diberikan Felda jauh lebih baik daripada tempat lain dan harga itu tercatat di akhbar setiap hari sepertimana yang digariskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).


Menurutnya JCC ditubuhkan pada 2008, selain menguruskan pembelian hasil sawit daripada peneroka dan platform bagi jalinan pembekal, pengilang dan peneroka, ia juga membincangkan masalah berkaitan jual beli buah tandan segar (BTS) peneroka ke kilang Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Isa menjelaskan terdapat kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada 90,000 peneroka yang mengusahakan tanaman sawit tidak menjual BTS ke kilang FGV ekoran beberapa faktor termasuk memerlukan duit tunai setiap hari.

“Felda ada dua cara bayaran iaitu ada peneroka yang nak bayaran sebulan sekali, ada yang nak dua kali dalam sebulan … bagi yang nak hari-hari dibayar, mereka mencari orang luar. Bagaimanapun Felda dan FGV akan meneliti perkara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori