Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas 3 Jam, Wahab...

KUALA LUMPUR: Selepas hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kes fitnah terhadap...

Pandalela Gagal Ke Final...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerkan aksi kurang menarik apabila...

PAS Kecam Mahathir Mahu...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan termasuk pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tidak...

Janet Jackson Hamil Pada...

LOS ANGELES - Penyanyi, Janet Jackson dikhabarkan hamil trimester kedua hanya beberapa minggu...

Penduduk Mahu Kilang Ais Dipindahkan

SHAH ALAM – Penduduk Pangsapuri Seri Era di sini, yang terletak kira-kira 250 meter dari kilang ais di mana berlaku kebocoran gas ammonia pagi ini, memohon agar kerajaan memindahkan kilang berkenaan ke kawasan yang lebih selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk pangsapuri itu, R. Ramasami berkata kejadian gas ammonia bocor di kilang berkenaan bukan perkara baharu kerana perkara yang sama pernah berlaku kira-kira dua tahun lepas.

“Kilang ini dekat sangat dengan rumah penduduk dan sekolah, saya takut jika berlaku lagi kebocoran nyawa penduduk pangsapuri ini dan pelajar sekolah akan terancam. Jadi saya harap pihak berkuasa pindahkan kilang ini ke tempat yang lebih selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.12 pagi itu, dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi cedera selepas terhidu gas ammonia yang bocor di premis berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Yusri Basri berkata operasi menyahcemar kilang berkenaan dijangka selesai dalam tempoh tiga jam lagi.

Tiga anggota dari Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) kini berada di dalam kawasan kilang berkenaan untuk meneutral kadar kandungan gas ammonia di dalam udara.

“Kawasan luar kilang kini sudah selamat, kadar gas ammonia adalah pada 5 ppm (part per million) tetapi dalam kawasan kilang terutama di kawasan yang berlaku kebocoran, kadar gas ammonia dalam udara masih lagi tinggi iaitu pada kadar 350 ppm berbanding kadar normal 50 ppm,” katanya.


Tambah beliau buat sementara waktu Jalan Nagasari di hadapan kilang berkenaan ditutup kepada lalu lintas supaya tidak mengganggu kerja-kerja pihak bomba.

Menurut Yusri lagi, pihak Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan serta syarikat perunding yang dilantik oleh kilang ais itu telah dibenarkan masuk ke premis untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

“Menurut syarikat perunding, kerja-kerja untuk membaiki kebocoran pada saluran paip gas ammonia memerlukan masa yang agak lama kerana kandungan gas ammonia yang tinggi,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian berkata, beliau akan meminta laporan penuh mengenai kejadian itu daripada pihak bomba dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Jika dilihat kilang ini, ia berhampiran dengan sekolah dan kawasan perumahan, jadi saya ingin tahu adakah kawasan kilang ini dibina di kawasan perindustrian atau tidak. Bagaimanapun maklumat awal yang saya terima ialah kilang ini mempunyai lesen operasi yang sah,” katanya. – BERNAMA

Kategori