Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jumlah Terkini Kes Covid-19...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah maklumat terkini jumlah Covid-19 di beberapa negara setakat...

YB ‘Gila Kuasa’ Larang...

DI SAAT berpuluh-puluh ribu mangsa banjir bergelut dengan situasi sukar, masih ada pihak yang...

Dakwaan Syed Saddiq Amat...

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menegur kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq...

Britain Mansuh Semua Sekatan...

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan bakal memansuhkan semua sekatan berkaitan...

Penduduk Kampung Bonggor Bimbang Hakisan Di Sungai Ketil

BALING – Lebih 100 penduduk Kampung Masjid Lama, Bonggor, Batu 48 yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini bimbang dengan hakisan serius di tebing sungai akibat banjir baru-baru ini.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dewan Undangan Negeri Kuala Ketil, Al-Fatah Ramli berkata hakisan itu semakin serius dan sekiranya banjir kembali melanda, jalan raya di kawasan itu dikhuatiri akan terputus.

Pihaknya telah membuat laporan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Baling, katanya kepada Bernama .

Sementara itu, jurutera JPS Baling Mohd Daud Hamid berkata pihaknya telah mengarahkan jurutera pergi memeriksa dan menyiasat laporan tentang hakisan sepanjang hampir 40 kaki dan tebing runtuh sedalam 20 kaki itu.


Katanya tindakan segera akan diambil supaya keselamatan orang ramai terjamin dan tidak membahayakan pengguna di jalan raya tersebut.

Dalam kejadian banjir baru-baru ini, sebuah keluarga di Kampung Banggol Derum hilang tempat tinggal selepas sebahagian rumahnya dihanyutkan arus deras sungai, selain mengakibatkan kawasan tebing sungai berhampiran rumahnya terhakis.

Keluarga mangsa, Nur Ismaiza Ismail, 41, diarahkan berpindah oleh anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke Keda Bonggol Petai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori