Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

FAMA Tawar Diskaun Sehingga...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menawarkan potongan harga antara lima...

UAE Larang Sebar Foto,...

ABU DHABI - Kementerian Dalam Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi amaran kepada...

Bekas Guru Besar Didakwa...

BUTTERWORTH - Seorang bekas guru besar dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah, di sini...

Ramon Marcote Sah Ketua...

ALOR SETAR – Jurulatih daripada Sepanyol Ramon Marcote Pequeno, 40, sah menjadi ketua...

Pendidikan Tadika Penting Untuk Anak Seawal Usia

TAWAU – Anak-anak seawal usia penting diberikan pendidikan tadika kerana mereka merupakan generasi pewaris kepimpinan negara di masa hadapan, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata pelajar tadika merupakan golongan yang mudah dibimbing dan diberi tunjuk ajar mengenai pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah.

“Ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya…dalam era dunia tanpa sempadan ini, generasi muda perlu berdaya saing tinggi dan ibu bapa serta guru bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Graduasi Tabika Perpaduan Daerah Tawau yang turut dihadiri Pegawai JPNIN Bahagian Tawau, Rosma Wadi di sini hari ini.

Pada majlis itu 267 pelajar 14 tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) perbandaran Tawau menerima sijil masing-masing.


Rosma pula berkata mulai tahun hadapan kokurikulum tadika JPNIN Tawau akan berubah dan mengikut sistem pembelajaran yang digariskan Jabatan Pendidikan.

“Perubahan kokurikulum ini bagi memudahkan lepasan tadika JPNIN yang menaiki darjah satu dapat mengikuti sistem pembelajaran di sekolah kebangsaan (SK) dan mampu bersaing dengan pelajar tadika SK,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan akan memantau perubahan itu dengan menilai tatacara penyampaian pembelajaran di tadika JPNIN untuk tujuan penyelarasan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori