Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Sabah Jangan Terikut...

KUDAT - Penduduk Sabah diminta tidak terikut-ikut dengan budaya demonstrasi jalanan yang tidak...

Rotan Lelaki Jika Ponteng...

PUWAKARTA (Jawa Barat) - Pada setiap Jumaat, kelibat seorang wanita berjubah hitam dan...

Sarawak Nafi Tolak Pindaan...

MIRI - Sarawak tidak pernah menolak cadangan untuk meminda undang-undang had umur minimum...

Ekonomi Malaysia Diujur Berkembang...

KUALA LUMPUR – Malaysia diunjur mencatat momentum pertumbuhan ekonomi secara sederhana pada tahun...

‘3E’ Bantu Pembeli Miliki Rumah Sesuai

SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri menggalakkan lebih banyak syarikat swasta terbabit dengan aktiviti pemasaran hartanah di negeri itu dalam memastikan dasar satu keluarga satu rumah dapat dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew, berkata melalui Perumahan dan Sistem Informasi Kedah sehingga 30 April lalu, sebanyak 50,610 permohonan direkodkan bagi rumah kos rendah di seluruh negeri Kedah dengan Kuala Muda mencatatkan permohonan tertinggi iaitu sebanyak 14,543 permohonan dan diikuti Kota Setar sebanyak 11,480 permohonan.

“Kerajaan negeri juga sedang giat merancang dan akan membangunkan hartanah dalam pelbagai bentuk membabitkan sejumlah 9,662 unit demi memenuhi keperluan sebahagian rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

“Kami mengalu-alukan dan menyokong penuh usaha yang dijalankan oleh syarikat swasta bagi membantu memenuhi keperluan ini,” katanya ketika merasmikan Pameran Hartanah Myrumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Amanjaya Mall di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Komersial (CCO) NSTP, Alfian Talib.

Kok Yew berkata terdapat beberapa projek perumahan di negeri itu dibina namun tidak dapat dijual yang mungkin berpunca daripada pelbagai faktor seperti keperluan termasuk kekurangan dari segi pemasaran.

Kok Yew berkata, pameran yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad di Amanjaya Mall, adalah satu kaedah pemasaran hartanah yang mampu menarik pembeli berpotensi.

“Pameran seumpama ini memaparkan pelbagai projek di lokasi berlainan, pelbagai jenis dan pembangunan sekali gus pembeli dapat melihat jenis pembangunan sama ada akan, sedang atau siap dibina untuk dijadikan pilihan mereka.

“Pembeli berpotensi dapat membuat pilihan mengikut keperluan dan kemampuan serta dapat berunding untuk untuk mendapatkan rumah idaman mereka,” katanya.


Katanya, pendekatan 3E iaitu Education (pendidikan), Exhibition (pameran) dan Entertaiment (hiburan) mampu membantu pembeli mendapatkan rumah yang sesuai.

“Ia bukan sekadar pameran tetapi juga turut menekankan aspek pendidikan tentang pembelian hartanah kerana kadang rakyat kita tidak diberitahu perkara yang lebih menyeluruh untuk membeli rumah, jadi mereka sekadar tahu membeli sahaja,” katanya.

Pameran hartanah MyRumah NSTP 2018 bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan masuk adalah percuma.

Antara pemaju yang terbabit dalam pameran MyRumah 2018 di Sungai Petani minggu ini adalah Hunza Properties Bhd, Oriental Investment Bhd (OIB), OSK Properties Sdn Bhd, Plenitude Heights Sdn Bhd, Sepakat Mewah Sdn Bhd, SPNB Aspirasi Sdn Bhd dan UDA Land (North) Sdn Bhd manakala tiga bukan pemaju, iaitu Takaful Ikhlas Berhad, Amanah Raya Berhad dan Bank Muamalat.

Untuk mengikuti perkembangan terbaru MyRumah boleh layari laman Facebook www.facebook.com/MyRumahMPB. – BHOnline

Kategori