Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan...

Wisma Putra Pantau Insiden...

PUTRAJAYA - Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden serangan pada...

Kemuka Cadangan Naikkan Tambang...

JOHOR BARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan...

Pemilik Kenderaan Berat Degil...

CAMERON HIGHLANDS - Usaha pihak berkuasa memperketat penguatkuasaan larangan penggunaan tayar celup tanpa...

Pendandan Rambut Tampar Pelanggan Didenda

KUALA LUMPUR – Seorang pendandan rambut didenda RM1,200 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menampar seorang pelanggan wanita selepas mangsa tidak mahu mendengar arahannya semasa sedang menggunting rambut.

Tertuduh Phua Hock Seng, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman atas pertuduhan menampar muka Yong Siew Peng, 45, di sebuah salun rambut di Mid Valley Megamall, pada 8.30 malam, 3 Jun lepas.

Lelaki itu yang membayar denda tersebut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda atas alasan dia telah meminta maaf kepada mangsa dan juga insaf manakala Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran mengambil kira faktor keselamatan awam.

Difahamkan, mangsa ke salun itu ditemani anaknya untuk menggunting rambut dan semasa tertuduh menegur mangsa agar tidak bergerak kerana bimbang tergunting telinga wanita itu, pertengkaran tercetus sebelum tertuduh kemudian menampar mangsa. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Kategori