Pendaftaran GST Meningkat Kepada 235,296 Sehingga 20 Dis

KUALA LUMPUR – Syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 235,296 sehingga 20 Disember 2014, meningkat 1,203 berbanding hari sebelumnya, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jumlah syarikat yang mendaftar bagi GST kini melepasi sasaran hujung tahun kerajaan sebanyak 140,000.

Perniagaan dengan nilai jualan tahunan kurang daripada RM500,000 disaran supaya mendaftar GST, sebagai persediaan sekiranya melepasi RM500,000 pada masa depan.

Syarikat yang berkenaan diwajibkan mendaftar GST sebelum atau pada 31 Disember 2014 sebelum sistem cukai baharu itu dikuat kuasa bermula 1 April 2015. – BERNAMA

Leave a Reply