Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gadis 13 Tahun Dirogol,...

MIRI - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya,...

CAP Gesa Agar Tabung...

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menyarankan agar Lembaga...

Penetapan Harga Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR - Penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap...

15 Rumah Setinggan Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja...

Penasihat Khas TPM Dahului Penerima Darjah & Pingat

KUANTAN – Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendahului senarai 218 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini hari ini.

Wan Ahmad adalah antara 11 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara penerima SSAP lain ialah Pro-Canselor/Pengerusi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Datuk Dr. Adham Baba; Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad; Profesor Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mushrifah Idris.

Pengarah Urusan Ahmad Zaki Resources Berhad, Datuk Wan Zakariah Wan Muda; Peguam Bela dan Peguam Cara, Datuk Noorhuda Alias; Pengarah Urusan Kumpulan Bharat Group, Datuk Kesav Kumar Agarwal dan Pengurus Pusat Memproses Ayam Teruntum, Datuk Chow Liong.

Lima individu pula dianugerah Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu isteri Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif iaitu Puan Sri Salwany Mohamaed Zamri; isteri Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin iaitu Puan Sri Rohani Mohamed
Kassim.

Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob; Pengarah Urusan Bharat Group, Datuk A Vinod Kumar Agarwal dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Datuk Tan Hui Jing.

Sementara itu, seramai 15 individu dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Duta Besar Labenon di Malaysia Tuan Yang Terutama Ali Daher, isteri Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis iaitu Puan Sri Kalsom Ismail; Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Mohd Yazid Ramli; Timbalan Rektor (Akademik Dan Perancangan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Dr. Torla Hassan.

Penerima lain ialah Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Masri Mohd Daud; Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohammad Ali Selamat dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Dr. Mohd Ramli Seman.

Seramai 79 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang turut membawa gelaran Datuk antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat; Setiausaha Eksekutif Asia Pacific Forum On Families (APFAM), Tengku Raihanah Tengku Ismail; Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Mokhtarud-din Husain.


Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Munir Mohd Nawi; Pengarah Perancang Bandar dan Desa Pahang, Hazizah Sulaiman; Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Mohd Anim Hosnan; Peguam Bela dan Peguam Cara, R. Kevin Sathiaseelan; Pengarah Urusan Bumi Asia Petroleum, Syaharun Azli Abu Bakar.

Turut menerima DIMP ialah Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas, Brigedier Jeneral Rezil Shahidin; Pengarah Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Brigedier Jeneral Mohd Zahar Hashim; Panglima Pasukan Khas Laut Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Jamalludin Mohd Saman; Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Rosli Din.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Abdul Samat Kasah; Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad, Abdul Mutalib Tais; Setiausaha Akhbar Menteri Kesihatan, K. Sivakumar; Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Juhari Abd Rahman; Pegawai Khas Tengku Mahkota Pahang, Abd Rahman Endut.

Ketua Pegawai Sektor Komunikasi dan Eko Sistem Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus; Timbalan Pengurus Besar Amanah Saham Pahang Berhad, Mohamed Mustafar Malik; Pengurus Besar ECERDC Pahang, Mohd Mazlan Sharudin; Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Utama Sdn.
Bhd., Mohd Noor Afanday Mohd Jaya dan Pengurus Besar Pharmaniaga Bhd., Zuhri Iskandar Kamarzaman.

Sultan Pahang turut berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 13 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 25 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada enam penerima dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 29 penerima.

Sementara itu, sembilan individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (tujuh) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (19). – BERNAMA

Kategori