Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khloe Kardashian Tak Perlukan...

BINTANG siri televisyen popular Keeping Up with The Kardashians, Khloe Kardashian telah membuat...

‘Uli’ Fakta 1MDB: The...

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada portal dan akhbar...

SRS Diperkasa Bantu Banteras...

JOHOR BAHARU - Peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Rukun Tetangga akan diperkasa...

Wanita Diarahkan Turunkan CCTV,...

Pelik...itu yang dirasai oleh seorang wanita apabila tindakannya memasang CCTV di halaman rumahnya...

Penangkapan Bapa Ayam Pertama Dalam Siri Ops BAH

Sikap pengusaha sebuah rumah urut di Metro Perdana, Kepong yang masih berdegil membuka premisnya walaupun sudah diarahkan tutup membawa padah apabila serbuan Ops BAH siri 9 telah berjaya menahan remannya, semalam.

Operasi bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi kerajaan seperti PDRM,JPAM,Imigresen dan beberapa agensi lain berjaya menahan 6 pekerja premis rumah urut tersebut serta pengusaha premis terbabit kerana menggajikan pekerja tanpa permit dan dokumen yang sah.

DSC_0701

DSC_0690

 

DSC_0673

DSC_0686

Dalam operasi yang bermula jam 3 petang tersebut, pemilik kepada premis berkenaan didapati bersalah di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1987 kerana gagal mempamerkan lesen semasa pemeriksaan dijalankan, membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis dan memggajikan pekerja asing tanpa permit.


Ops BAH siri ke 9 ini merupakan satu batu loncatan kepada beberapa siri serbuan yang sebelumnya kerana ia merupakan tangkapan kali pertama kepada pengusaha premis haram ini.

Diantara barangan yang dijumpai adalah beberapa set kondom dan alatan seks yang kelihatan bertaburan ketika operasi dilakukan.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: HZQAHMD
Photo/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=PxP5x1gtuIg

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori