Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cendol Seluar Dalam Yang...

Puchong - Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan...

Pencemaran Toksik: Sultan Ibrahim...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah...

Jenazah Pelajar Perubatan Uthaya...

SEPANG - Jenazah pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di India, S. Uthaya...

Gajah Tikam Mati Pelangan...

SEEKOR gajah telah menyebabkan kematian seorang lelaki dari Thailand apabila menikam mangsa dengan...

Pemuda UMNO P.Pinang Mahu Polis Siasat Lim Guan Eng

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis dan mahu siasatan dijalankan berhubung kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya penahanan exco kerajaan negeri Phee Boon Poh adalah ‘penahanan haram’ oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemudanya Rafizal Abdul Rahim berkata kenyataan itu dilihat berniat menghasut dan jahat dan juga fitnah bertujuan memburukkan imej serta menjatuhkan kredibiliti SPRM sebagai sebuah badan penyiasat bebas.

“Kami mahu polis menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan kerana kenyataan Lim itu dilihat berniat jahat.

“Kenyataan itu juga dilihat berniat menghasut dengan memberi gambaran bahawa SPRM adalah satu badan yang tidak mempedulikan undang-undang serta boleh menahan sesiapa sesuka hati mereka. Ini memburukkan imej SPRM,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini hari ini.

Pada 5 Sept lalu, SPRM dalam satu kenyataan memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Lim yang enggan memohon maaf atas kenyataannya yang berunsur fitnah.


Menurut SPRM, badan itu akan mengemukakan keputusan yang telah dibuat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang.

Pada 25 Ogos lalu, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada ketua menteri Pulau Pinang itu untuk memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada suruhanjaya berkenaan atau berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya itu.

Rafizal berkata Lim juga tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap SPRM kerana suruhanjaya itu bukan sebuah parti politik sebaliknya badan agensi penguat kuasa yang menyiasat salah guna kuasa serta rasuah. – BERNAMA

Kategori