Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Faradhiya Katakan ‘Tidak’ Pada...

MUNGKIN rata-rata daripada kita tidak menyangka wanita secantik Faradhiya akan menghadapi masalah 'lambat'...

Eskalator Terpanjang Hong Kong...

SEKURANG-KURANGNYA 18 orang cedera selepas sebuah eskalator mengalami masalah teknikal dalam kejadian di pusat...

KKM Beri Jaminan Siasatan...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kes...

Kematian Akibat COVID-19 Di...

BEIJING - Sebanyak 31 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di China, menjadikan jumlah...

Pemuda PAS Sokong Kerajaan Perkenal iCGPA

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong langkah Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem penilaian pelajar baharu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA).

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sistem penilaian meliputi sembilan aspek dengan menggunakan kaedah Spider Web itu diharap dapat menjadi memenuhi hasrat melahirkan graduan berkualiti.

“DPPM mengalu-alukan projek perintis penilaian baharu iCGPA di lima buah universiti awam yang terpilih sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin.

“Bagaimanapun sebelum sesuatu modul kurikulum dibentuk, pelbagai aspek akan dititikberatkan untuk diserapkan kepada para pelajar seperti yang terdapat dalam Bloom Taxonomy yang merangkumi kognitif, afektif dan psikomotor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Khalil berharap Kementerian Pendidikan Tinggi tidak terlepas melihat kepada faktor-faktor yang menghalang potensi seseorang mahasiswa dikembangkan.

Menurutnya, tidak semua mahasiswa mempunyai kecenderungan yang sama dan universiti bukan hanya sekadar untuk memenuhi keperluan industri semata-mata.

“DPPM menyarankan agar pihak kementerian harus peka terhadap pemasalahan semasa dan melihat secara komprehensif bagaimana mempersiapkan generasi Malaysia terutamanya bagi memiliki jatidiri yang lebih ampuh untuk mendepani cabaran yang lebih besar di hadapan kelak,” katanya.


Idris pada 10 Ogos lalu mengumumkan sebuah fakulti di lima universiti awam akan dipilih sebagai perintis kepada pelaksanaan sistem penilaian pelajar baharu iCGPA.

Beliau dipetik berkata, ia melibatkan kira-kira 300 pelajar baharu bagi kemasukan September 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Kata Idris, penilaian meliputi sembilan aspek iaitu kefahaman akademik; kemahiran akademik; pemikiran kritikal dan saintifik; kemahiran berkomunikasi; kemahiran sosial, berkumpulan dan kemanusiaan; etika, moral dan profesionalisme; pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; pengurusan dan keusahawanan; dan kepimpinan.

“ICGPA dapat mengatasi masalah ketidaksepadanan antara kualiti graduan dan kehendak majikan memandangkan sistem sedia ada hanya mengukur kemampuan akademik pelajar,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori