Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

3 Polis Dihadap Ke...

PETALING JAYA - Tiga anggota polis dan dua lelaki lain mengaku tidak bersalah...

Wanita Ditahan Buat Laporan...

SANDAKAN - Tindakan seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan polis palsu bagi...

Ahli PAS Didakwa Alami...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ahli PAS...

KAYM Tingkat Mutu Kecemerlangan...

MELAKA - Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kolej milik kerajaan Negeri Melaka berjaya...

Pemuda Maut Kereta Dipandu Rempuh Pokok

KUANTAN – Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya terbabas melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Besar Jengka 23 dekat Maran, malam tadi.

Mangsa, Ning Shi Quan, 22, beralamat di Taman Seroja, Jerantut dan bekerja sendiri itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas pukul 10 malam itu berlaku semasa mangsa memandu dari arah Jerantut menghala ke simpang Temerloh.

“Mangsa yang memandu sendirian itu menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan sampai di tempat kejadian dalam keadaan hujan lebat menyebabkan keretanya tiba-tiba hilang kawalan,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, kereta mangsa kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori