Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Selangor Kenal Pasti...

SHAH ALAM - PKR Selangor telah mengenal pasti tiga calon yang berpotensi untuk...

Sony Xperia M2 Aqua,...

Jika dilihat daripada idea pengeluar telefon pintar daripada USA dan Jepun, anda mungkin...

Scha Al-Yahya Dah Ready...

PELAKON Scha Al-Yahya mendedahkan dia kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi...

Rusia ‘Bersubahat’ Terhadap Kekejaman...

WASHINGTON - Rusia adalah rakan subahat terhadap kekejaman dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad...

Pemotong Kelapa Sawit Didakwa Curi Lori

KUALA LUMPUR — Seorang pemotong kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah lori milik seorang pengarah syarikat membaiki mesin makanan dan pertanian.

Mohd Shahrizal Mohd Isa, 35, didakwa mencuri lori jenis Hicom bernilai RM33,000 itu selepas mengambilnya daripada pemiliknya Faizah Abdul Jalil, 45, di sebuah pangsapuri di Jalan Ukay Indah, Ampang, di sini pada 4.40 petang, 11 Nov lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori