Peminat Tolkien Bertempur Di Hutan Czech

PRAGUE – Lembing melayang, pedang bertingkah dan panah berterbangan di hutan di Republik Czech sepanjang hujung minggu lalu apabila ratusan peminat karya JRR Tolkien, The Hobbit menghidupkan kembali peperangan agung.

Lebih daripada 1,000 orang yang mengenakan kostum daripada karya Tolkien itu, mengambil bahagian dalam Battle of the Five Armies, menurut penganjur acara tahunan itu.

Ia diadakan di hutan berhampiran bandar Doksy yang terletak 80 kilometer (km) di utara ibu kota Republik Czech itu.

Mereka berperang dengan menggunakan senjata diperbuat daripada kayu, manakala sebarang hujung yang tajam dibalut dengan plastik untuk mengelak daripada kecederaan.

Meskipun mendapat inspirasi daripada kisah terkenal dari Middle-earth, keputusan peperangan pada acara itu tidak ditentukan dan dalam sebahagian keadaan, kumpulan penjahat memenanginya.

“Kami datang untuk menikmati peperangan agung, persekitaran hebat, mengalami sedikit pergaduhan dan bertemu dengan orang yang hanya dapat ditemui setahun sekali,” kata Lucie Zavadilova yang menyertai peperangan untuk kali keenam. – Reuters

Loading...