Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khazanah Bangsa Melayu Perlu...

JOHOR BAHARU - Segala khazanah bangsa Melayu perlu terus dipertahan dan diberi nafas...

Samsung Galaxy Xcover 3...

PERANTI pintar ketagori tahan lasak dan kalis air masih lagi belum dihasilkan pada skala...

Dua Penduduk Pulau Tioman...

KUANTAN - Dua penduduk Pulau Tioman dilaporkan hilang sejak petang semalam, selepas menaiki...

Peniaga Tidak Tahu Kewajipan...

IPOH - Terdapat segelintir peniaga kecil yang masih tidak tahu mengenai kewajipan meletakkan...

Pemimpin Industri Perlu Sebar Luas Faedah Minyak Sawit

BANGI – Pemimpin industri minyak sawit dan pengguna perlu menyuarakan bahawa mereka menggunakan minyak sawit dalam kehidupan seharian sebagai usaha meletakkan komoditi itu di kedudukan lebih baik, kata Pengarah Eksekutif Oil World, Thomas Mielke.

Beliau berkata mereka digesa menyebarluaskan mesej tersebut kepada dunia sebagai usaha memberi pengetahuan kepada pengguna lain mengenai manfaat minyak sawit yang tidak seharusnya diambil ringan ketika laporan negatif dan kritikan terhadap komoditi itu.

“Jangan berhenti daripada mengulangi mesej itu. Ini kerana walaupun negara Eropah merancang untuk mengurangkan penggunaan minyak sawit dalam bahan api bio mereka, namun data menunjukkan sebaliknya memandangkan jumlahnya semakin meningkat,” katanya semasa Seminar Jawatankuasa Penasihat Program anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di sini, hari ini.

Mielke berkata, peserta industri perlu memberi tumpuan utama kepada industri makanan memandangkan ia menggunakan 70 peratus atau 45.5 juta tan minyak sawit, sedangkan penggunaan komoditi itu dalam bahan​​​​​​​api bio hanya 17.8 peratus atau 11.6 juta tan.


Beliau mengulas mengenai laporan bahawa rantaian pasar raya Britain, Iceland, merancang untuk​​​​​​​ mengeluarkan minyak sawit daripada makanan jenamanya menjelang akhir tahun ini sebagai sebahagian usaha bagi membendung pembasmian hutan di Indonesia dan Malaysia selain membantu spesis yang berdepan ancaman kepupusan.

Iceland, yang mengoperasikan 900 cawangan, berkata pengurangan produk minyak sawit di pasar​​​​​​​ rayanya akan mendorong permintaan terhadap minyak makan itu susut sebanyak lebih 500 tan setahun. – BERNAMA

Kategori