Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MOF Persoal Pelaburan 1MDB...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MoF) hari ini membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai...

KKR Teliti Pembinaan Lebuh...

Kuala Lumpur : Kementerian Kerja Raya (KKR) meneliti beberapa cadangan penyuraian kesesakan trafik...

Kebakaran Pasar Besar Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengesahkan punca kebakaran Pasar Besar...

Shahrir Harap Kes Beli...

PUTRAJAYA - Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad...

Pemilik Bengkel Diganggu Ah Long

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik bengkel cat kereta hidup dalam ketakutan apabila sering diganggu seorang lelaki dipercayai ‘Ah Long’ yang memintanya melunaskan hutang bekas pekerjanya.

Chay Mook Kowong, 61, berkata dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Ah Long namun sejak Mei lepas, dia tiba-tiba kerap menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memintanya membayar hutang lebih RM2,000.

Permintaan itu bagaimanapun tidak diendahkan sehinggalah dia menerima ugutan daripada individu berkenaan pada bulan lepas menerusi aplikasi WhatsApp, katanya dalam sidang media bersama-sama Ketua Biro Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan MCA Michael Tay Chee Boon, di sini, hari ini.

“Saya ada menerima pesanan ringkas dari dua nombor talian tidak dikenali sebelum ini menyuruh pekerja saya itu membayar hutang, bagaimanapun saya memaklumkan itu bukan urusan saya,” katanya

Chay berkata dia pernah diugut bahawa bengkelnya akan dibakar dan terbaru pada Rabu lepas rumahnya di Pasir Gudang telah disimbah cat merah.


“Kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga, saya telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Masai. Satu daripada laporan itu dibuat sejurus mendapat panggilan Ah Long berkenaan pada 23 Mei, kedua pada 6 Jun lalu dan laporan terakhir selepas rumah saya disimbah cat,” katanya yang kemudiannya meminta bantuan MCA. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori