Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

PAS Singkir 6 Pesuruhjaya...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat mengambil langkah drastik dengan menukar sebanyak enam pesuruhjaya...

Dua Beradik Antara Lima...

Tapah : Lima lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,...

IS Berkembang Sejak Serangan...

WASHINGTON - Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata dalam satu temubual televisyen Amerika Syarikat,...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan di tujuh daerah di Zon...

Pemeriksaan Percuma Puspakom Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) menawarkan perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela (VVI) secara percuma kepada semua pemilik kenderaan persendirian bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, perkhidmatan percuma itu boleh didapati di semua 55 cawangan Puspakom di seluruh negara.

“Kempen pemeriksaan percuma ini sebahagian daripada tanggungjawab korporat Puspakom kepada orang ramai. Tahun lepas kempen sama memeriksa sebanyak 4,000 kenderaan persendirian.

“Berdasarkan sambutan dan maklum balas yang begitu menggalakkan, Puspakom sekali lagi mengambil inisiatif menjalankan kempen pada tahun ini untuk menyumbang kepada kesedaran terhadap keselamatan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohammed Shukor berkata, perkhidmatan percuma itu diharap dapat membantu pemilik kenderaan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat ketika pulang ke kampung halaman.


Jelasnya, pemeriksaan percuma VVI tertumpu kepada aspek keselamatan kenderaan seperti kecekapan sistem brek, gelincir sisi, suspensi dan cengkaman tayar.

“Pemeriksaan percuma ini beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Orang ramai boleh membuat temujanji dengan menelefon cawangan-cawangan Puspakom berdekatan. Hubungi Puspakom di talian bebas tol 1800-88-6927 untuk maklumat lanjut,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori