Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ouch! Lelaki Kena...

VIDEO menyaksikan seorang lelaki terkena pukulan sebilah kapak semasa melakukan demonstrasi untuk mata...

Penumpang China Gaduh Lagi,...

Nampaknya, ada lagi cerita pergaduhan terbaru yang dicetuskan oleh penumpang China dalam penerbangan.Jika...

Kerajaan Negeri Disaran Perbaiki...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran membaiki rumah usang di bandar...

UMNO Tak Dilahirkan Daripada...

JELEBU - UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas...

Pembinaan Hospital Rembau Telah Siap 39% Sehingga Ogos Lepas

SEREMBAN – Projek pembinaan Hospital Rembau telah siap 39 peratus sehingga Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Kerja Raya Datuk Seri Ir Dr Roslan Md Taha.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan sedang berjalan lancar berbanding sebelum ini setelah masalah reka bentuk selesai.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa memantau rapi kemajuan kerja di tapak bina dan sentiasa membantu pihak kontraktor dalam menyiapkan projek ini di samping menjaga kualiti pembinaan.

“Mesyuarat koordinasi projek telah diadakan hampir setiap minggu bagi memastikan kemajuan projek berjalan lancar di samping mesyuarat teknikal dan mesyuarat tapak yang diadakan setiap bulan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurut beliau pihak kontraktor juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan komited dalam menyiapkan projek ini sepertimana yang disasarkan.

Katanya projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Roslan berkata projek ini melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama merupakan kerja-kerja tanah dan fasa kedua adalah kerja-kerja bangunan.

Katanya fasa pertama (kerja-kerja tanah) telah dimulakan pada 8 Jun 2012 dan siap pada 21 Feb 2013, manakala bagi kerja fasa kedua (kerja membina bangunan) sekarang bermula pada 9 Sept 2013 dan dijadualkan siap pada 8 Sept 2016.


Pihak JKR telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan perunding sivil dan struktur pada 12 Dis 2014 lepas di atas kegagalan perunding sehingga berlaku kelewatan tersebut.

“JKR terpaksa mereka bentuk semula struktur pembinaan terutamanya bagi blok yang dibina secara pasang siap (Industrialised Building System – IBS).

“Ekoran itu lanjutan masa diberikan mengikut syarat-syarat kontrak dan alhamdulillah, projek berjalan lancar sekarang iaitu tarikh jadual siap adalah pada 29 Dis 2017,” katanya.

Projek pembangunan Hospital Rembau dengan kapasiti 76 buah katil ini dibina di tanah berkeluasan 19.4 hektar yang terletak di Chembong, Rembau dengan kos pembinaan berjumlah RM97 juta.

Pembinaan projek ini dikendalikan Pasukan Projek Khas (Bangunan) Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori