Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Covid-19 : 22,491 Kes,...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,491 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

Kemaluan Penuntut Wanita Ini...

KASIHAN! Seorang penuntut kolej wanita mengalami beberapa lebam di kemaluan selepas bahagian alat...

Air Button – Butang...

JIKA anda melihat kebanyakkan peranti pintar di pasaran, rata-ratanya tidak menyediakan butang khas...

Penolong Pegawai Perubatan Rentung...

KUALA LUMPUR: Wanita yang rentung dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 10.8 Lebuhraya...

Pemberian BR1M Wajar Diteruskan Bantu Pertumbuhan Ekonomi Setempat

KUALA TERENGGANU – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) wajar diteruskan kerana ia memberi banyak kebaikan kepada golongan sasar serta membantu pertumbuhan ekonomi setempat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata beliau kecewa dengan tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pemberian BR1M adalah rasuah kepada rakyat.

“Itu pandangan beliau, kita rasa amat kecewa kerana sebagai bekas pemimpin utama negara, takkan tak boleh bezakan antara rasuah dan pemberian.

“Penerima BR1M ini tidak akan berbelanja di luar negara, sebaliknya mereka hanya berbelanja di kawasan setempat dan merancakkan lagi perniagaan untuk pekedai kecil di sekitar bandar atau pekan.

“Secara tidak langsung BR1M berjaya membantu pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya kepada pemberita selepas meraikan dua pesilat negara di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata jika ditanya kepada rakyat yang menerima bantuan itu, sudah tentu mereka tidak menganggapnya sebagai rasuah kerana BR1M hanya bertujuan meringankan beban kewangan rakyat yang berpendapatan rendah.

“Kalau ikut pada tafsiran beliau (Mahathir) apa yang kita beri semuanya rasuah. Ini satu perkara yang tidak betul. Sebenarnya ini adalah cara terbaik yang telah dilaksanakan kerajaan.


“Jadi saya tidak tahulah kalau Tun Mahathir rasa iri hati sebab pada zaman beliau tidak dapat buat kerana pada zamannya dahulu, ia dilakukan melalui pemberian projek.

“Negara mengalami krisis ekonomi pada 1999 dan apa yang dilaksanakan ketika itu ialah Tun Mahathir memberi projek kepada kontraktor untuk membina sekolah, pagar sekolah, menaikkan nilai projek daripada RM100,000 ke RM200,000 untuk kontraktor kelas G1.

“Itu dilaksana pada zaman Tun Mahathir. Ini bermakna itu juga rasuah kalau ditafsirkan hari ini…rasuah kepada kontraktor.

“Tetapi apa yang dibuat oleh Tun Mahathir masa itu adalah sama dengan apa yang dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Sama saja kerana pada ketika itu diberikan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi domestik, seperti pemberian BR1M, ” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori