Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ribuan Hadir Pengebumian Gadis...

PENGEBUMIAN gadis sukarelawan paramedik Gaza yang dibunuh Israel dalam keganasan di sempadan selatan...

TMJ Tegur Menteri Membisu...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Uber Mula Khidmat Di...

PERKHIDMATAN Uber yang telah bertapak selama dua tahun di Malaysia menyaksikan kadar permintaan yang...

Kes Pelajar Dihalau Pakai...

HEBOH terutama di portal-portal berita dan blog tentang satu kes yang menimpa seorang pelajar...

Pembayar Cukai Dapat Manfaat Kadar Penurunan

SEREMBAN – Kira-kira 260,000 pembayar cukai dijangka mendapat manfaat daripada kadar penurunan cukai, susulan keputusan kerajaan mengurangkan dua mata peratusan bagi kadar cukai pendapatan individu pemastautin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata individu bujang yang berpendapatan bawah RM3,100, tidak perlu membayar cukai.

“Untuk tahun taksiran sebelum ini, pembayar cukai individu makan gaji, seramai tiga juta yang mengembalikan borang, tetapi yang kena cukai hanya 1.8 juta.

“Nilai cukai kita akan kehilangan lebih kurang RM1.3 bilion,” katanya kepada media selepas pelancaran program Creating Awareness, Sharing Nation’s Prosperity, di sini hari ini.

Abdul Manap berkata walaupun berlaku pengurangan cukai yang dipungut, hasil pungutan dijangka akan bertambah berdasarkan kepada perkembangan faktor ekonomi bagi kategori pembayar cukai seperti perniagaan dan syarikat.

Sementara itu, Abdul Manap berkata program yang dilancarkan hari ini bertujuan untuk mendekatkan LHDN dengan masyarakat dan memberi peluang orang ramai mendapatkan khidmat nasihat berkenaan cukai.


“Program ini juga merupakan usaha LHDN secara berterusan dalam mendekati pembayar cukai dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan cukai pendaptan kepada pembangunan negara.

“Kami juga bekerjasama dengan empat selebriti tempatan iaitu Remi Ishak, Datuk Fizz Fairuz, Elizabeth Tan dan Ippo Hafiz, bagi memastikan kempen kesedaran cukai ini mendapat perhatian dalam kalangan peminat dan pengikut mereka juga,” katanya. – BERNAMA

Kategori