Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 13...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2021 akan diadakan selama tiga hari bermula...

Peguam Anwar Cadang Kes...

KUALA LUMPUR - Peguam mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan cadangan...

Gereja Paling Suci Di...

BAITULMAQDIS - Gereja paling suci penganut agama Kristian ditutup secara mengejut pada Ahad...

393 Kes Penipuan Penjualan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 393 kes penipuan membabitkan penjualan penutup mulut dan hidung...

Pembangunan Pelancongan Dapat Perhatian Sewajarnya Di Bawah Kerajaan PH

LANGKAWI – Pembangunan pelancongan akan terus diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandangkan sumbangan penting industri itu kepada ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata industri pelancongan menjadi penyumbang pertukaran asing kedua terbesar kepada negara dengan mencatatkan ketibaan 25.9 juta pelancong dan menjana pendapatan daripada pelancongan sebanyak RM82.2 bilion tahun lepas.

“Sumbangan pelancongan kepada ekonomi negara ialah kira-kira 15 peratus dan menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 3.2 juta orang, meliputi 22.7 peratus daripada jumlah pengambilan tenaga kerja di Malaysia,” kata beliau pada majlis makan malam meraikan peserta Pameran Kembara Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) 2018 di sini malam ini.

Menurut beliau, faktor kejayaan bagi pelancongan di Malaysia antara lain disebabkan oleh kestabilan politik, mepunyai kemudahan bertaraf dunia, lokasi strategik, tarikan dan penginapan yang pelbagai, kadar pertukaran mata wang yang menguntungkan, layanan mesra dan makanan yang enak.

“Semua faktor ini mewujudkan persekitaran yang kondusif yang menarik bukan sahaja pelancong tetapi juga pelaburan perniagaan ke Malaysia,” kata beliau.

Wan Azizah berkata pemilihan Malaysia sebagai hos untuk Pameran Kembara PATA tahun ini serta acara antarabangsa lain yang diadakan dan akan menjadi tuan rumah pada masa akan datang memberi kesan besar dan impak berganda kepada eknomi.


“Di samping itu, persidangan dan forum menjadi platform bagi perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi yang sangat berharga sementara acara seperti Pameran Kembara ini menggalakkan pertumbuhan industri melalui peluang-peluang perniagaan,” kata beliau.

Kira-kira 2,500 delegasi dari 60 negara mengambil bahagian dalam pameran kembara tahun ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi serta pengerusi PATA Dr Chris Bottrill. – BERNAMA

Kategori