Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Disangka Urat, Rupanya Cacing...

MENAKUTKAN... Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka 'urat’ pada kakinya itu...

Ateis: Jawi Pantau Penglibatan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memantau dan menyiasat jika terdapat...

Pengecualian Caj Perubatan Kepada...

SEREMBAN - Kerajaan membelanjakan sejumlah RM355,181 bagi memberi kemudahan pengecualian caj di hospital...

Polis Wanita Kena Bela...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang anggota polis...

Pembangkang Saling Bercakaran Sesama Sendiri – Shabery Cheek

MARUDI – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pengundi Sarawak supaya tidak terbuai dengan sandiwara pembangkang.

Ahmad Shabery yang turut sama berkempen di Sarawak, berkata pembangkang lebih gemar menentukan siapa yang lebih kuat dalam kalangan mereka.

Kali ini jelas menampakkan ketidaksefahaman mereka terutama dalam isu pembahagian kerusi sehingga membawa kepada pertembungan sesama sendiri, katanya.

“Mereka sekarang bercakap mahu memerintah, tetapi mana DAP bertanding PKR pun bertanding, ada enam tempat. Tetapi Barisan Nasional (BN) tak buat begitu, kerana kita boleh duduk bersama. Ada masalah kita selesaikan.

“Kita bukan cakap kosong, tetapi kebijaksanaan dilihat bagaimana untuk mengatur, bermuafakat, bersatu, perpaduan. Tidak ada parti yang baik melainkan BN yang kita perjuangkan,” katanya ketika berucap pada majlis Jalinan Tani bersama masyarakat Marudi di sini.


Ahmad Shabery turut mengajak pengundi supaya memberi sokongan padu kepada calon BN bagi kerusi Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil, yang mampu membawa perubahan kepada penduduk Marudi.

“Berikan kekuatan kepada calon kita kerana beliau bukan calang-calang orangnya kerana sudah lama dalam pentadbiran negeri Sarawak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori