Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bapa, Abang Inspirasi Bagi...

KUALA LUMPUR – Bapa dan tiga abang menjadi inspirasi buat Kadet Sarjan Aznor...

3 Sekatan Pembalakan Di...

GUA MUSANG – Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)...

Maszlee Punyai Misi Kembalikan...

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pelantikannya sebagai presiden Universiti...

Pelajar Maut Motosikal Bergesel...

BAGAN SERAI - Seorang pelajar Tingkatan Empat maut akibat digilis lori di Km...

Pemandu Wanita Mati Ditembak 7 Das Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Seorang wanita maut ditembak pemyerang bermotosikal dalam kejadian pembunuhan nekad di Taman Pekaka 1, Gelugor, di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian ngeri kira-kira pukul 5.45 petang itu, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti kemudian disahkan maut di lokasi kejadian tersebut.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang sedang memandu sebuah kereta BMW warna putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata suspek kemudian melepaskan lebih 10 das tembakan ke arah mangsa.
“Mangsa dikenal pasti seorang ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan itu telah dari cermin sisi pemandu. Daripada 10 tembakan itu enam das tembakan mengenai dadanya.
“Kereta dipandu mangsa kemudian hilang kawalan dan rempuh belakang sebuah pacuan empat roda di hadapannya sebelum langgar tembok sebuah rumah di Lintang Pekaka” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Pemandu Wanita Mati Ditembak 7 Das Di P.Pinang

Beliau berkata siasatan awal mendapati dakwaan bahawa mangsa ialah isteri kepada seorang anggota geng kongsi gelap bergelar “Datuk Seri” adalah tidak benar.
“Kita juga sedang siasat sama ada mangsa sedang mengandung atau sebaliknya,” katanya. Zainol berkata polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian berkenaan
Beliau memohon semua pihak untuk tidak memutarbelitkan kejadian itu. Mengulas lanjut, beliau berkata polis sedang memburu dua suspek dan meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan sekitar.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori