Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Trump Puji Keputusan Bijak...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyifatkan Korea Utara telah...

PM Ikrar Langkawi Terus...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan ada lebih banyak...

Betul Ke Abby Abadi...

PERKONGSIAN di laman Instagram Abby Abadi yang mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia ternyata mengejutkan...

Ku Li Dakwa Konon...

SHAH ALAM – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi...

Pemandu Van Maut, Babit Tiga Kenderaan Lain

PITAS – Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Kesagaan, dekat sini petang semalam.

Mangsa yang maut ialah Muksin Mambong, 40, yang juga pemandu van manakala lelaki yang cedera parah pada bahagian kaki ialah pemandu sebuah lori treler berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Mohd Izaan Abdullah berkata kejadian pada 3 petang itu berlaku apabila lori dengan muatan kayu balak dari arah Kota Marudu menuju ke arah Pitas telah hilang kawalan menyebabkan kenderaannya memasuki lorong bertentangan sebelum terbalik.

Lori itu kemudian menggelongsor ke hadapan sebelum bertembung pula dengan van yang tiba-tiba berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakangnya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Marudu mengeluarkan kedua-dua pemandu van serta lori yang tersepit dalam kenderaan masing-masing sebelum dihantar ke hospital, manakala wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.


Moksin disahkan meninggal dunia di Hospital Pitas pada 7.55 malam tadi. – BERNAMA

Kategori