Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Didenda RM5K Jual 245...

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat yang menjual barangan kosmetik didenda RM5,000 oleh Mahkamah...

Audit Kesiapsiagaan Kebakaran Di...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menjalankan pengauditan kesiapsiagaan kebakaran di semua hospital...

Had Umur ADUN Masih...

PUTRAJAYA - Kelayakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Malaysia masih kekal pada...

Kuasa Allah, Kain Kafan...

TUMPAT - Meskipun sudah 16 tahun dikebumikan, keadaan kain kafan tiga jenazah yang...

Pemandu Van Edar Berita Palsu Didakwa

KUANTAN – Seorang pemandu van dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memulakan penyebaran berita palsu mengakibatkan berlaku rusuhan di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) pada malam Selasa dan Rabu lepas.

Tertuduh Mohd Shaiful Adhar Mohd Shukor, 30, dari Taman Ria II, di sini mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Kedua-dua pertuduhan tersebut adalah menggunakan laman sosial Facebook miliknya untuk membuat penghantaran komunikasi palsu.

Kedua-dua kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama, iaitu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Haryati Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Mahkamah menetapkan 20 Ogos sebagai tarikh sebutan semula bagi memberi tempoh kepada tertuduh melantik peguam dan membenarkannya diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori