Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Raja Buah’ Kaya Khasiat,...

DIKENALI sebagai 'raja buah' oleh masyarakat di rantau Asia Tenggara, durian merupakan buah...

Wanita Bunuh Anjing Akhirnya...

SEORANG anggota tentera wanita yang merakamkan gambar seekor anjing yang dikat di pokok...

Polis Cari Saksi Kejadian...

JOHOR BAHRU - Polis mencari individu atau orang awam yang boleh memberi maklumat...

Sekolah Diminta Tingkat Kawalan...

BAGAN SERAI - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak meminta sekolah di negeri...

Pemandu Teksi Kekal Dipenjara 6 Tahun Kerana Merompak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang pemandu teksi yang didapati bersalah melakukan rompak berkumpulan wang tunai di sebuah pam minyak, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata kesalahan dilakukan M. Rajes, 27, adalah serius dan mahkamah tiada sebab untuk menganggu keputusan Mahkamah Sesyen.

Ketika menolak rayuan Rajes, beliau berkata perayu dalam pembelaannya gagal menjelaskan di mana dia berada ketika kejadian dan mahkamah mendapati semua intipati kesalahan merompak telah dibuktikan.

“Oleh itu mahkamah menolak rayuan tertuduh. Mahkamah dapati ia satu kes rompakan serius, mahkamah tidak dapat mengganggu keputusan hakim Mahkamah Sesyen kecuali hukuman itu keterlaluan,” katanya sambil menambah hukuman enam tahun itu bukan tempoh yang keterlaluan.


Pada 18 September 2015, Mahkamah Sesyen mendapati Rajes bersalah terhadap pertuduhan rompak berkumpulan wang tunai RM1,500 milik Rezua Resources, di Petronas NGV, Lot PT 6517 Jalan Jambu, Jerteh, Sentul, di sini pada 9.20 pagi, 25 Februari 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori