Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Lawat Mangsa...

MERSING - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan berangkat ke...

Wabak Demam Babi Afrika...

BEIJING - China mengesahkan penularan wabak demam babi Afrika di wilayah timur Anhui. China...

Pulak… Mangsa Bayar Ganti...

BEIJING - Inilah dinamakan hak asasi manusia liberal. Bakal pencuri tidak dihukum sebaliknya...

“Hilang Gigi Demi Negara,...

DHAKA ― Beginilah harga pengorbanan pemain tonggak utama pasukan hoki negara, Faizal Saari...

Pemandu Lori Tangki Minyak Maut Dalam Nahas Di Paitan

BELURAN – Seorang pemandu lori tangki minyak maut selepas lori dipandunya terbalik dalam nahas jalan raya di Kilometer 150 Jalan Beluran-Paitan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata mangsa dikenali sebagai Lee Nyuk Fook, 53, dari Sandakan mati di tempat kejadian, manakala kelindannya Rumih bin Yosep, 18, patah kaki kiri.

Shivanathan berkata dalam kejadian pada jam 7.30 pagi itu, lori tersebut dalam perjalanan menghantar minyak ke Kota Marudu.

Menurutnya ketika melalui satu selekoh dan menuruni bukit, brek lori tidak berfungsi menyebabkan lori melanggar lereng bukit dan terbalik.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu dikeluarkan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat, manakala kelindan lori dihantar menerima rawatan di Klinik Kesihatan Nangoh, katanya.


Sivanathan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori