Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Razali Calon Tunggal BERSATU...

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menjadi calon...

Video Pembuat Mi Menari...

VIDEO seorang pembuat mi sedang menari keriangan sambil melakukan pekerjaannya menjadi tular baru-baru...

DUKE Fasa 2 Dibuka...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun...

Aliran Trafik Tinggi Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota menghala...

Pemandu Lori Hadapi Tuduhan Sokong Pengganas Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk memberi sokongan, menerima arahan daripada pengganas Muhammad Wanndy Mohamed Jedi dan memiliki gambar serta video berkaitan kumpulan pengganas.

Syed Amir Asyraf Syed Hamdan, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Bagi pertuduhan pertama, Syed Amir didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Abu Syed Malizi yang bertulisan Jawi.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan aplikasi Telegram atas nama Abu Syed Malizi untuk menerima arahan daripada Muhammad Wanddy untuk melakukan perbuatan pengganas menggunakan sebutir bom tangan, sepucuk pistol dan 24 butir peluru.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130FA(A) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan dan denda denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki gambar-gambar dan video-video yang merupakan bahan yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda dan boleh juga dilucuthakkan mana-mana bahan tersebut, jika sabit kesalahan.


Dia turut didakwa dengan niat untuk melakukan suatu perbuatan pengganas telah melibatkan diri untuk melakukan serangan melalui perbualan dalam aplikasi ‘WeChat’ atas nama Abu Syed Malizi sebagai persediaan ke arah melakukan perbuatan keganasan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 130JD(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, antara 9 Jan hingga 27 Ogos 2016.

Mahkamah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias bagi kesemua pertuduhan dibicarakan bersama dan menetapkan lima hari bermula 5 hingga 9 Jun ini untuk perbicaraan.

Pada 23 Sept 2016, tertuduh, yang diwakili peguam Azamuddin Abd Aziz, telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.

Kes-kes berkaitan pengganas akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – BERNAMA

Kategori