Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Tersangkut Atas...

KULIM - Kren terpaksa digunakan bagi membawa turun warga emas Desa Darus, 67,...

Allianz Auto Assist Tawar...

SYARIKAT penyedia insuran, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkenalkan aplikasi telefon...

Mahkamah: Wan Saiful Dapat...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan...

Sazali Samad Kemukan Rayuan...

PUTRAJAYA - Jaguh bina badan negara, Sazali Samad, yang dikenakan hukuman gantung empat...

Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

SEREMBAN – Seorang lelaki yang cuba melepaskan diri daripada ditahan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan ​​​​​enam kenderaan di Nilai Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini, hari ini.

Mohamad Insani Abdul Ghani, 32, yang juga pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan tersebut, iaitu memandu secara berbahaya serta empat kesalahan trafik lain.

Kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Marlissa Fahmy.

Tertuduh didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya kepada orang ramai di simpang tiga Jalan Permata 2, Nilai 3 antara 5.15 petang dan 6 petang, Isnin lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mengemukakan pendakwaan memandu secara berbahaya ​​​​​​mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menggunakan kenderaan tidak didaftarkan, mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan itu, memandu tanpa lesen kenderaan motor serta tanpa dilindungi polisi insurans pada 5.25 petang di lokasi dan tarikh yang sama.


Bagi kesemua empat kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(2) akta sama.

Jika sabit setiap kesalahan, denda RM1,000 dan maksimum RM20,000 atau dipenjara tiga bulan sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut.

Majistret Marlissa kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua pertuduhan itu. – BERNAMA

Kategori