Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selebriti Malaysia Mohon Bantuan...

Tiada siapa yang boleh menafikan 'kuasa' selebriti dalam mempengaruhi peminatnya.Promosilah apa saja produk...

Jangan Amal Budaya Politik...

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua ahli...

Wanita Harus Berani Maju...

KUALA LUMPUR - Golongan wanita harus berani dan tidak benar bahawa dunia ini...

Video: Pelanggan Mengamuk Di...

HANYA kerana terlewat menghantar minuman kepada pelanggan, seorang pekerja restoran telah dimaki hamun serta...

Pemandu Limusin Tumbuk Pemandu Pelancong Di LTAPP Ditahan

BALIK PULAU – Polis menahan seorang pemandu limusin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana menumbuk seorang pemandu pelancong dalam kejadian di hadapan pintu ketibaan lapangan terbang itu semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Sungai Burung, di sini kira-kira pukul 5 petang ini berikutan laporan polis yang dibuat mangsa semalam.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa berusia 62 tahun itu berada di hadapan pintu ketibaan LTAPP untuk menunggu pelanggannya sebelum pemandu limusin berkenaan memarahi serta mengarahkannya keluar dari kawasan lapangan terbang berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu memaklumkan kepada pemandu limusin berkenaan dia sedang menunggu pelanggannya namun suspek yang berang bertindak menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan dahinya luka.

Katanya mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau dan menerima lima jahitan pada luka di dahinya itu.

Anbalagan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan serta pemandu limusin itu akan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan tiga penuntut sebuah kolej swasta sedang menghisap dadah dalam sebuah kereta jenis Proton Iswara di belakang sebuah tokong di Jalan Rozhan, Bukit Mertajam awal pagi ini.


Katanya polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu pada pukul 1.50 pagi telah melihat tiga lelaki berusia 23 tahun berkenaan dalam keadaan mencurigakan dalam kereta tersebut.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta itu, polis menemui ganja bernilai kira-kira RM300 dan peralatan untuk menghisap dadah.Mereka merupakan penuntut kolej di Bukit Mertajam itu menjadikan kawasan belakang tokong berkenaan sebagai tempat menghisap dadah bagi mengelak di kesan polis,” katanya.

Beliau berkata tiga lelaki yang positif dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Kategori