Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pahang Rampas Kedudukan Teratas...

KUALA LUMPUR - Pahang merampas kedudukan teratas Liga Super dari Kedah setelah menang...

Wanita Cedera Ditetak Suami...

KUANTAN - Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau...

Johor Terima 1.9 Juta...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim memaklumkan Johor akan menerima...

Dakwaan Pembangkang Tak Bertanggungjawab...

DAVOS (Switzerland) - Dakwaan pembangkang yang kononnya ekonomi negara sedang dilanda krisis adalah...

Pemandu Kereta Maut Melanggar Belakang Lori

PARIT BUNTAR – Isteri seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran Sungai Rawa di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi, Nur Fatin Mohd Narzeri, 25, dalam perjalanan dari rumah keluarga di Bagan Tiang, di sini ke tempat kerja di Changkat Jering, Taiping.

Pemandu Kereta Maut Melanggar Belakang Lori

“Dalam kejadian itu, lori dipandu seorang lelaki hendak membelok ke kanan manakala mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi berada di belakang mungkin tidak menyedari lampu isyarat lori terbabit lalu melanggar belakang kenderaan itu,” katanya.

Beliau ditemui ketika menziarahi keluarga mangsa di Hospital Parit Buntar di sini hari ini.

Omar berkata mangsa yang bekerja di sebuah bank mengalami cedera parah di kepala serta dada, meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Menurut Omar, mangsa adalah isteri kepada Lans Koperal Mohd Farid Firdaus Zakaria yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian.


Sementara itu, ibu mangsa, Hasnah Awang, 50, ketika ditemui berkata mangsa sempat menghantar anak tunggalnya ke kampung sebelum terlibat dalam insiden berkenaan.

“Setiap kali suaminya bertugas pada waktu siang, anak saya akan menghantar sendiri bayinya berusia setahun tiga bulan ke rumah keluarga sebelum pergi ke tempat kerja,” katanya sambil menambah Allahyarham adalah anak sulung daripada dua beradik.

Hasnah berkata Allahyarham merupakan anak yang bertanggungjawab dan sangat disayangi semua anggota keluarga dan beliau reda dengan pemergiannya.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Labu di sini pukul 6 petang ini. – BERNAMA

Kategori