Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Khairuddin Umum Keluar Pas...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengumumkan...

Wanita Cuba Potong Barisan...

RAKAMAN video memaparkan seorang lelaki menghalang seorang wanita cuba untuk memotong barisan di...

Bekas CEO Bursa Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia...

Sukan Asia 2018: Pendekar...

JAKARTA - Berjuang hingga titisan darah terakhir. Itu keazaman pesilat negara apabila akan turun...

Pemandu, Kelindan Lori Maut Dalam Kemalangan

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam nahas jalan raya di Kilometer 24.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdekatan Kulai, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Supt. Dzulkhairi Mukhtar berkata
kedua-dua mangsa dikenali sebagai pemandu lori Mohamad Norhafiz, 30, dan kelindannya, M. Rajandran, 51.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dan kepala manakala pemandu treler terbabit terselamat.

Menurut beliau, kemalangan berlaku pada pukul 6.43 pagi ketika pemandu treler itu dilaporkan memperlahankan kenderaannya di lorong sebelah kiri kerana terdapat satu kemalangan di hadapannya.


“Dalam masa sama, lori yang dipandu Mohamad pula datang dari arah belakang dan gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang treler terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori