Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Individu Dakwa Penempatan Baharu...

SIBU - Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak Dr Annuar Rapa’ee mencabar...

Heboh Nora Danish Berbadan...

SIAPA je tak kenal dengan pelakon sensasi, Nora Danish kan? Dia kini kelihatan...

Pakistan Hantar Bantuan Kemanusiaan...

NEW DELHI: Pakistan akan menghantar bantuan kemanusiaan setiap hari untuk mangsa gempa bumi...

Wajarkah Kit Siang Diberi...

Kita tidak pasti mengapa Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengesyorkan Malaysia...

Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM160,000 Dirampas

JOHOR BAHRU – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM160,000 berikutan penahanan seorang lelaki berumur 26 tahun di sini, malam tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata suspek ditahan di hadapan sebuah pasar raya dalam kawasan Skudai, kira-kira 9.35 malam.

Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan sebanyak 200 biji pil erimin 5, 62.34 gram syabu, 9.80 gram ketamin dan 39 biji ekstasi.

Penemuan tersebut kemudian membawa polis ke sebuah pangsapuri iaitu kediaman suspek di Taman Sutera Utama, sebelum menemukan lagi 10,100 biji pil erimin 5, 77.58 gram ketamin serta 11 biji pil ekstasi.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dadah adalah 10,300 biji pil erimin 5, 62.34 gram syabu, 87.38 ketamin dan 50 biji pil ekstasi, dipercayai bernilai RM162,233.85,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mohd Khalil berkata suspek direman tujuh hari hingga 15 Jan ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada masyarakat agar tidak terlibat dalam penggunaan atau pengedaran dadah. – BERNAMA

Kategori