Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pasar Raya Tarik Balik...

SABAK BERNAM - Sebuah pasar raya di daerah ini sudah mengambil tindakan dengan...

Hampir Setahun Lesap, Misteri...

KUALA LUMPUR - Pada Ahad genaplah setahun kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370...

Malaysia Airlines Bakal Catat...

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dijangka mula catat keuntungan menjelang 2018...

PAN Ganti PAS Parti...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mahu menjadi sebuah parti Islam yang...

Pelarian Palestin Marah, Kecewa

BAITULMUQADDIS –Pelarian Palestin menyuarakan rasa kecewa kelmarin terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) menghentikan dana kepada sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan memberi amaran, tindakan itu bakal mengundang lebih banyak kemiskinan, kemarahan dan ketidakstabilan di Asia Barat.

Pengumuman Washington pada Jumaat lalu bahawa AS tidak lagi menyokong Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Bantuan dan Kerja Pelarian Palestin (UNRWA), merumitkan lagi krisis aliran tunai badan berkenaan dan meningkatkan ketegangan antara Washington dan kepimpinan Palestin.

UNRWA yang berusia 68 tahun telah memberikan perkhidmatan kepada kira-kira lima juta pela­rian Palestin di Jordan, Lebanon, Syria, Tebing Barat dan Gaza. Kebanyakan mereka merupakan keturunan kira-kira 700,000 rakyat Palestin yang diusir dari kediaman mereka atau melarikan diri daripada perang pada tahun 1948 yang membawa kepada penubuhan Israel.

Di Gaza, seorang pelarian, Nashat Abu El-Oun berkata, situasi kini buruk dan akan menjadi lebih buruk.

“Penduduk Palestin sukar menyara kehidupan ketika ini dan sekiranya mereka tidak lagi boleh mencari nafkah, mereka akan cenderung melakukan perkara di luar undang-undang,” katanya.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness menyifatkan agensi itu menyumbang kepada kestabilan serantau.

Bercakap di Jordan di mana le­bih 2 juta pelarian Palestin berlindung termasuk 370,000 orang di 10 kem pelarian, Gunness berkata: “Ia adalah keputusan yang amat dikesali. Sebahagian penduduk yang paling tidak bernasib baik, ditindas dan lemah di dunia ini akan menderita.”

Menurutnya, UNRWA menyediakan klinik kesihatan dan persekolahan kepada kira-kira 526,000 anak pelarian di Jordan, Syria, Lebanon, Gaza serta Tebing Barat di samping bantuan makanan kepada 1.7 juta orang dengan sejuta daripada mereka tinggal di Gaza.


Agensi itu yang kekurangan dana sebanyak AS$217 juta (RM893.3 juta) akan meminta penderma menyalurkan lebih banyak sumbangan di samping mencari sumber pendapatan baharu, katanya.

AS merupakan penyumbang terbesar UNRWA, namun Washington memotong sumbangannya awal tahun ini dan membayar cuma AS$60 juta (RM247 juta) daripada peruntukan pertama pada Januari lalu dan menyekat AS$65 juta (RM267.6 juta) lagi.

Washington menjanjikan sumbangan AS$365 juta (RM1.5 bilion) untuk tahun 2018.

White House berkata, UNRWA perlu melaksanakan pembaharuan dan meminta pemimpin Palestin menghidupkan semula rundingan damai dengan Israel sebagai syarat untuk mendapatkan semula dana tersebut. – Reuters/KOSMO ONLINE

Kategori