Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PH, PKR Tak Bertanding...

Pakatan Harapan (PH) memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, di Pahang, yang akan diadakan pada 4 Julai depan.Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keputusan itu dibuat berikutan kerisauan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19

Gerakan Koperasi Bertukar Menjadi...

KANGAR – Gerakan koperasi yang diiktiraf sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi negara perlu bertukar...

“Jangan Takut Bercakap Benar”...

KUALA KUBU BHARU - Umno akan menjadi lemah jika ahli-ahlinya hanya bersikap 'mengangguk'...

IPhone6 Jadi Ukuran Sama...

TERDAHULU, media sosial di China heboh dengan trend pinggang ramping selebar kertas A4,...

Pelaksanaan GST Turut Menurunkan Cukai Lain

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut memberi kesan penurunan kepada tujuh jenis cukai yang lain.

Menurutnya, antaranya cukai jualan daripada 10 peratus kepada enam peratus, cukai jualan lima peratus kepada 0 peratus, cukai pendapatan individu yang diturunkan antara satu hingga tiga peratus, cukai korporat daripada 25 peratus kepada 24 peratus, cukai koperasi satu hingga dua peratus, cukai PKS daripada 20 kepada 19 peratus serta cukai jualan yang dikecualikan terus.

Mengenai penurunan cukai korporat secara berperingkat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, ia menjadikan negara lebih kompetitif memandangkan cukai korporat negara ketika ini lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Singapura dan Thailand.

“Langkah ini memberi lebih tarikan kepada pelaburan ke dalam negara dan sekali gus dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas perasmian seminar kualiti barangan oleh TPM Biotech Sn Bhd di sini, hari ini.

Beliau kesal dengan sikap pengeluar dan peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun barangan mereka termasuk 273 barangan yang sepatutnya lebih murah.

Daripada senarai tersebut hanya pengeluar kereta yang telah mengumumkan pengurangan harga manakala pengeluar minuman, pakaian serta perabot masih tidak berbuat demikian, tambahnya.


Ahmad berkata, alasan stok lama oleh peniaga kononnya sukar membuat tuntutan juga tidak boleh diterima kerana sudah sebulan lebih GST dilaksanakan dan stok kemungkinan telah habis.

Stok baru dari kilang sudah tidak dipungut cukai jualan, oleh itu barangan mesti diturunkan harga, katanya.

Dua sebab yang dikenal pasti kenapa barangan tidak turun harga ialah kekurangan penguatkuasaan serta sikap peniaga sendiri yang mengambil keuntungan berlebihan, kata Ahmad.

Menurutnya, peniaga perlu lebih telus dan beretika kerana penguatkuasaan sahaja tidak dapat mengatasi masalah ini berikutan jumlah peniaga yang terlalu ramai berbanding pegawai penguatkuasa.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori