Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

8 PATI & 4...

PORT DICKSON - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan lapan Pendatang Asing...

Juara Remaja Dunia Muay...

TAWAU - Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017, Daniel Fiedieans Maideh atau dikenali...

Belanjawan 2020: Tahun Sukar...

PETALING JAYA - Di ambang Belanjawan 2020, sebuah badan pemikir memberi amaran tahun...

Pekeliling PAS Larang Ahli...

KUALA LUMPUR - Satu surat pekeliling oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melarang ahli...

Pelaksanaan GST Perlu Diberi Masa Dan Ruang – Jainab

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid meminta rakyat memberi masa dan ruang untuk sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dengan lebih efisyen di negeri ini.

Katanya, beliau yakin kerajaan mampu memperbaiki segala kelemahan yang ada dan sedang melakukan yang terbaik bagi mengatasi kelemahan berkenaan dengan mengambil tindakan terhadap maklum balas daripada orang ramai tentang sistem berkenaan.

“Memang kita ada kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan GST ini, dan masalah itu adalah ‘orang yang mengambil kesempatan’, kita sekarang fokus kepada orang sedemikian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program gotong royong perdana di kampung Numbak di sini, hari ini.

Menurut beliau, Jabatan Kastam bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mewujudkan ‘mystery shopper’ bagi menggumpul bukti aduan pengguna sekali gus mengambil tindakan sekiranya didapati bersalah.


Sementara itu, Jainab mahu masyarakat mengambil sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran masing-masing agar kesihatan diri terus terjamin.

“Masyarakat perlu sedar terhadap kepentingan membersih persekitaran bagi mengelak jangkitan pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti demam denggi dan kencing tikus yang mudah merebak,” katanya lagi.

Program itu turut melibatkan bantuan termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan negeri, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Jabatan Penerangan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori