Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

1 Maut, 1 Patah...

KUALA LUMPUR - Seorang maut apabila kereta dinaiki dua beradik terbabas di jalan...

Malaysia Akan Bantu Firma...

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata...

Pemimpin Hindu Mahu 3...

KLANG - Kesemua pemimpin Hindu di negara ini menggesa kerajaan yang dibentuk selepas...

Pantau Tahap Kesihatan Semasa...

KUALA LUMPUR - Orang ramai hendaklah sentiasa memantau tahap kesihatan mereka berikutan jerebu...

Pelajar Tingkatan 3 Antara 5 Mat Rempit Ditahan

IPOH – Seorang pelajar tingkatan tiga antara lima ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua lelaki berumur antara 15 hingga 43 tahun termasuk pelajar berkenaan ditahan dalam operasi yang dijalankan selama lima jam bermula pukul 6 petang hingga 11 malam.

“Kesemua mereka ditahan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata dalam operasi itu, pihaknya memeriksa sebanyak 103 kenderaan dan 114 individu termasuk 13 wanita.

“67 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, mengubah suai ekzos dan gagal menunjukkan lesen.


Dalam pada itu, Mohd Ali berkata polis turut menemukan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang pada 24 Ogos lalu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori