Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Tidak Terpinggir...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana golongan masyarakat termasuk Orang Asli...

“Kita Berjaya Menyatukan 3...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam memuat naik...

Ajal Pulang Dari Bazar...

SEGAMAT - Seorang guru agama di Sekolah Agama Felda Moakil, di sini, maut...

Piala AFC B-23: Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara kendalian Datuk Ong Kim...

Pelajar Tahfiz Jadi Imam Muda Di AS Semasa Ramadan

KUANTAN – Seramai lapan pelajar Maahad Tahfiz Pahang (MTNP) termasuk dua pelajar wanita dihantar ke Amerika Syarikat (AS) dan Australia untuk menjadi imam solat tarawih dan berdakwah sepanjang bulan Ramadan ini.

Enam pelajar lelaki akan menjadi imam di Sydney, Melbourne dan Perth, manakala dua pelajar wanita akan berada di Washington, Amerika Syarikat untuk berdakwah.

Mereka ialah Muhammad Fathullah Abdul Aziz, Norsyabani Al Amin Abdul Talib, Muhammad Shifaq Mohamed, Muhamad Hazim Shahrun, Muhammad Irfan Ishak, Muhammad Adam Faliq Abdul Ghani serta pelajar wanita Nurul Juwairah Mahassan dan Nur Sakinah Amir Hamzah.

Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata penghantaran pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada program praktikal dan strategi memperkenalkan MTNP di negara ini dan peringkat global.


“Mereka akan menjadi imam tarawih, memberi tazkirah, mengajar al-Quran, membaca khutbah dan sebagainya kepada umat Islam di sana.

“Pelajar wanita akan lebih memfokus kepada kelas al-Quran dan pendidikan fardu ain kepada rakyat Malaysia di Washington,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori