Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

BN Perak Jangka Umum...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak dijangka mengumumkan manifesto pilihan raya umum ke-14...

Tiga Orang Maut Dirempuh...

BEIJING - Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan...

Polis Itali Berjaya Tangkap...

POLIS Itali telah menahan seorang lelaki yang didakwa ketua baharu Mafia Sicily, bersama...

Lelaki Maut Dipijak Gajah...

MERSING - Seorang lelaki maut dipercayai akibat diserang dan dipijak gajah di Mersing,...

Pelajar Malaysia Diingatkan Sentiasa Waspada

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengeluarkan amaran dan peringatan kepada semua pelajar Malaysia di luar negara susulan serangan di Notre Dame Cathedral, Paris semalam.

Amaran itu dibuat oleh KPT menerusi Education Malaysia UK dan Ireland yang berkomunikasi dengan Persatuan Pelajar Malaysia Perancis (MASAF) berhubung insiden berkenaan.

“Kementerian ingin mengingatkan semua pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa berhati-hati dan peka dengan sebarang kemungkinan .

“Ia susulan bberapa kes serangan yang dilaporkan berlaku tanpa diduga di beberapa kawasan (seperti London dan Paris),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang waktu tempatan semalam, seorang lelaki ditembak polis selepas cuba menyerang seorang pegawai dengan tukul besi di luar gereja besar Notre Dame.

Menyedari pegawai berkenaan diserang, seorang rakan setugasnya kemudian bertindak menembak suspek.


Motif sebenar serangan masih belum diketahui dan masih dalam siasatan pihak pendakwaraya anti-pengganas Perancis.

Sebelum ini beberapa siri serangan berdarah dikaitkan dengan kumpulan pengganas berlaku di beberapa lokasi di UK.

Serangan ganas juga telah dilakukan di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera. – MYNEWSHUB.CC

Kategori