Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MISC Akan Kerjasama Penuh...

KUALA LUMPUR — Syarikat maritim berkaitan kerajaan, Malaysia International Shipping Corp. Bhd. (MISC),...

“Sejak Bila Pula Khazanah...

PELIK... MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad...

Tun Jeanne Gesa Ibu...

KUALA LUMPUR - Ibu bapa perlu mendorong dan membantu anak masing-masing meneroka alam...

Lelaki Dipercayai Cuba Curi...

BUKIT MERTAJAM - Orang ramai bertindak menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan...

Pelajar Maut Motosikal Yang Ditunggangi Terbabas Di Kemaman

KEMAMAN – Seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya hilang kawalan dalam kemalangan di kawasan Fasa 2, Bandar Baru Cheneh Isnin malam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.25 malam itu mengakibatkan penunggang Muhammad Ikmal Haziq Rosmawi, 13, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan manakala pemboncengnya Mohd Ikramshah Abdullah, 13, patah tangan kiri.

Ketika kejadian, kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Baru Cheneh.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis SYM yang ditunggangi mangsa bersama Mohd Ikramshah dipercayai terbabas ketika menuruni laluan bukit lalu melanggar sebatang tiang elektrik di sebelah kanan jalan.


Akibat perlanggaran itu, kedua-dua rakan itu tercampak ke bawah tebing setinggi 1.5 meter di tepi jalan dan Muhammad Ikmal Haziq meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd Ikramshah yang patah tangan kiri telah dibawa orang ramai ke unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori