Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

41 Penumpang Cemas, Bas...

JOHOR BAHRU - Seramai 41 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka...

SPRM Ingin Hubungi Muhammad...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menghubungi seorang lelaki bagi membantu...

Allahyarham Mohd Kamal Banyak...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti...

3 Mat Rempit Pukul...

TAIPING - Polis telah mengenal pasti tiga mat rempit yang dipercayai membelasah pemandu...

Pelajar IPT Nyaris Maut Nahas Kereta Di Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam satu kemalangan berhampiran Persiaran Masjid, Seksyen 2, di sini, malam tadi.

Nadiah Mokhtar, 18, yang mengalami kecederaan ringan, dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila kereta mewah jenis Toyota Caldina milik rakannya, Nafis Syahmi, 18 , terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Kemudian, kereta itu dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan, menyebabkan kereta yang dipandu Nadiah terbalik.

Nafis berkata, beliau berada di rumah apabila rakannya itu menghubungi melalui telefon bimbit, bagi memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 9 malam itu.


“Nadiah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas berjumpa dengan seorang kawan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Beliau menghubungi saya dan memberitahu beliau cedera akibat kemalangan itu,” katanya kepada pemberita, malam tadi. – BH Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori