Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

“Keabsahahan Saya Sebagai PM...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari menegaskan bahawa keabsahahan...

Tujuh Lemas Di Selangor...

SHAH ALAM: Seramai tujuh mangsa banjir dilaporkan lemas di Selangor sepanjang bencana alam...

2 Pekerja Myanmar Tak...

Bangkok - Dua pekerja Myanmar mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dua pelancong...

Hadiri Pengebumian Ayah Selepas...

SEREMBAN - Walaupun baru kematian bapanya petang semalam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia...

Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta

CANBERRA – Seorang pelajar sebuah sekolah tinggi di Australia berusia 12 tahun disahkan antara 20 yang maut dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah kedai menjual ais krim di Baghdad pada Selasa, kata Menteri Luar Julie Bishop lapor agensi berita China Xinhua.

Mangsa dikenali Zynab Al Harbiya menuntut di Kolej Sirius Melbourne berada di Baghdad bersama keluarganya untuk menziarahi datuknya yang sakit.

Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta

“Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan saya mengesahkan seorang gadis Australia berusia 12 tahun, Zynab Al Harbiya, terbunuh dalam insiden itu,” kata Bishop pada sidang akhbar.

Beliau turut mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.


Sementara itu, Bishop mengulangi komitmen Australia untuk memerangi Daesh di Timur Tengah dan beranggapan tragedi itu “menunjukkan kekejaman organisasi pengganas tanpa menghormati agama, bangsa, kedaulatan, sempadan dan kemanusiaan.”

“Sebab itu pasukan pertahanan Australia tetap menyokong pasukan keselamatan Iraq untuk memerangi organisasi pengganas selain mencegah ia merebak ke kawasan lain di dunia termasuk di rantau kita,” kata Bishop. – BERNAMA

Kategori