Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Ditemukan Lemas Di...

KEMAMAN - Seorang daripada tiga sahabat berusia 19 tahun yang hanyut dibawa ombak...

Majlis Angkat Sumpah MB...

ALOR SETAR - Majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu bakal diadakan...

Lantik Mukhriz TPM Boleh...

SHAH ALAM - Biarpun isu pemilihan calon Perdana Menteri kesembilan Pakatan Harapan (PH)...

Lelaki Hilang Jatuh Laut...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki hilang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang...

Pelajar Asing Ditawar Kursus Perubatan Di IPTA – PM

DELHI – Kerajaan bersetuju menawarkan lima peratus tempat untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada pelajar asing mulai pengambilan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat selaras dengan liberalisasi sistem pendidikan tinggi dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan.

Menurutnya, setiap universiti awam yang menawarkan tiga kursus pengajian tersebut boleh menawarkan lima peratus tempat, dan pelajar luar perlu membayar yuran pengajian mengikut harga pasaran, tidak seperti pelajar tempatan yang menerima subsidi.

“Bilangan doktor di negara kita lebih daripada mencukupi. IPTA akan mendapat faedah daripada keputusan ini, termasuk interaksi pelajar kita dengan pelajar asing,” katanya pada sidang media di akhir lawatan enam hari beliau ke India yang bermula 30 Mac di Chennai.

Najib berkata, langkah ini bertujuan menggalakkan pelajar asing memilih universiti awam sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam ketiga-tiga kursus itu dan pada masa yang dapat menambah dana atau pendapatan setiap universiti.

Perdana Menteri memberitahu demikian sebagai menjelaskan isu liberasisasi sistem pendidikan yang diumumkan pada sidang media bersama rakan sejawatnya Narendra Modi pada Sabtu, yang antara lain memberi tempat kepada pelajar asing untuk mengikuti tiga kursus tersebut.

Sementara itu, ketika merasmikan Kompleks Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini, Najib berkata pembinaannya dan kemudahan yang disediakan jelas menunjukkan Malaysia bukanlah sebuah “Negara Gagal’ seperti didakwa setengah pihak.


“Ini boleh dikatakan pejabat kedutaaan Malaysia terbaik di luar negara setakat ini. Kerajaan beri segala kemudahan kepada pegawai dan keluarga mereka di luar negara untuk menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan negara dan menjaga imej negara,” katanya.

Beliau memberi contoh cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dipolemik dan dipolitikkan di Malaysia, sedangkan India bakal melaksanakannya pada Julai ini dengan kadar bagi empat peringkat iaitu antara lima hingga 28 peratus.

“Kita laksana secara ringan dengan ribuan pengecualian kerana kita tidak mahu bebankan rakyat.

“Modi berani buat pembaharuan demi kepentingan negara…apabila anda menguruskan negara, anda perlu berani…jangan risau kritikan,” katanya yang yakin pihak pembangkang tidak mampu mentadbir negara dengan baik jika mereka berkuasa.

“Pengalaman Modi jadi iktibar kepada kita untuk bergerak ke hadapan,” tambah Najib yang mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya itu di sini, Sabtu lepas. – BERNAMA

Kategori