Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

IADA Siap Sedia Hadapi...

PASIR PUTEH - Projek Kawasan Pembangunan Bersepadu Kemasin Semerak (IADA), sudah bersiap sedia...

Harga Petrol, Diesel Kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON97 dan RON95 serta diesel bermula dari...

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok...

5 Tempat Alternatif Untuk...

JIKA anda bertanyakan kepada 'otai-otai' mengenai lokasi terbaik untuk membeli barangan berkonsepkan IT,...

Pelaburan, Perdagangan Bebas Menjelang 2020

MANILA – Negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengekalkan keutamaan paling penting dalam merealisasikan Matlamat Bogor dalam pelaburan dan perdagangan bebas pada tahun 2020.

Ini boleh dipercepatkan menerusi komitmen pengurangan tarif dan menolak segala bentuk langkah-langkah perlindungan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Kedua-dua usaha ini adalah perkara utama untuk memudahkan perniagaan di dalam dan merentasi sempadan,” katanya pada Mesyuarat Menteri-Menteri APEC di sini pada Isnin.

Beliau menegaskan mengenai keperluan APEC untuk terus memastikan pertumbuhan ekonomi serantau, kemakmuran, kemampanan dan keselamatan, di tengah-tengah cabaran global.

“Ini untuk memastikan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan terus berkembang dan memberi manfaat bukan sahaja kepada komuniti perniagaan tetapi juga rakyat secara keseluruhan dalam cara yang seimbang, terangkum dan mampan,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Mustapa menyuarakan keyakinan bahawa integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam akan dapat dicapai dengan pelaksanaan usaha serantau dalam kalangan anggota APEC dan seterusnya.

APEC terdiri daripada 21 anggota iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, Amerika Syarikat, dan Vietnam.

“Kerja-kerja Kajian Strategik Bersama berhubung sumbangan APEC ke arah pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) adalah penting memandangkan rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan.


“Kami menyedari bahawa TPP dan Perkongsian Komprehensif Serantau (RCEP) adalah usaha untuk FTAAP tetapi ini tidak akan mengurangkan sokongan kami untuk sistem perdagangan pelbagai hala,” kata Mustapa.

Malaysia merupakan sebahagian daripada jawatankuasa penggubalan Kajian Strategik Bersama FTAAP yang dijangka dibentangkan pada Mesyuarat Pemimpin APEC akan datang di Peru.

Sementara itu, Malaysia memuji Filipina di atas usaha memberi tumpuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tahun ini.

“Adalah penting bagi syarikat-syarikat yang lebih besar memastikan bahawa PMKS termasuk dalam rantaian bekalan dan rantaian nilai global mereka, dan mungkin kita perlu menggalakkan syarikat multinasional untuk menjadi mentor
PMKS, dengan itu membantu dalam membina keupayaan mereka dan membolehkan mereka menjadi pemain global,” kata Mustapa.

Pada 2014, ekonomi APEC menyumbang 40 peratus daripada penduduk dunia, 57 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar dunia (US$44.1 bilion), 48.5 peratus daripada perdagangan dunia (US$18.5 bilion) dan 53.1 peratus aliran
masuk pelaburan langsung asing (FDI) dunia (US$652 bilion).

Bagi Malaysia, ekonomi APEC membentuk 75.9 peratus (RM1.1 trilion) daripada jumlah perdagangan negara dan 34.4 peratus (RM12.2 bilion) daripada jumlah FDI di Malaysia manakala projek yang diluluskan dengan penyertaan APEC dalam sektor pembuatan berjumlah RM27.7 bilion (70.1 peratus). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]p56VHZ6pWPs[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori